Monday, 11 June 2018

RESEPI : CORNFLAKES MADU

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri semua!!!

Amboi mesti banyak kuih raya dekat rumah semua orang! Baju raya pun mesti comey comey belako XD... kali ni izzah share resepi biskut raya yang semua orang suka! Alah biasa lah.. cornflakes madu.. siapa tak kenal? Nak buat pun simple dan sekejap sangat ihihi...

Resepi Izzah ni kalau tak nak guna oven, tips dia letak madu banyak!

Okeyyy!!! Jom semua buat!!! Resepi ni mudah gilurzzz!!!

Bahan :

500g - cornflakes
250g - butter
1/2 cawan - gula perang
1 cawan - madu

Tambahan :

cup kecil (recommended : merah)
chocolate rice (optional)

*Note : #lebihkan madu, kurangkan gula ^-^
             #kalau nak guna gula kasar biasa pun boleh (gula perang lebih manis dan lebih baik)

Saya buat sikit je masa ni sebab tu butter separuh ^-^ tu pun pi tambah lagi butter lain last2 -..-

Cara-cara :

1) Cairkan butter, gula perang dan madu di dalam kuali. 

2) Kacau hingga sebati. (Nampak dah sebati berbuih-buih)

3) Masukkan cornflakes dan gaul sehingga semua bersalut. (Tutup api lambat sikit supaya dia tak keras dalam kuali)

4) Masukkan cornflakes madu yang telah siap tadi ke dalam cup kecil yang telah anda sediakan dengan segara (supaya tak melekat semua sekali gus).

5) Taburkan chocolate rice pada setiap cornflakes madu. *optional*

6) Panaskan oven selama 5 minit. Pastikan suhu oven 150'C.

7) Masukkan cornflakes madu kita tadi ke dalam oven dan tetapkan masa 5 hingga 10 minit. 

AMARAN: JANGAN LAMA2 NANTI BURN CORNFLAKES MADU TU T^T

Siap! Mudahkan? :) Kalau tak nak guna oven pun boleh! Pastikan madu lebih! Baru dia boleh keras cepat dan tak perlu nak guna oven XD

Ni lah selepas izzah guna oven XD

Tadaaaaa... siap letak dalam pinggan tapi banyak lagi yang izzah dah buat :P

Okey... itulah cara-cara dan bahan-bahan dia... mudahkan? Ya ni resepi yang senang XD nanti kita buat resapi-resepi yang rare pula! Insya-Allah :) 

Jumpa lagi guys XD 









Sunday, 10 June 2018

KESIHATAN : SKRUB MEMERAHKAN BIBIR SEMULAJADI

Assalamualaikum dan hai semua :D

Harini Izzah nak share tips yang simple yang ada izzah terbaca dekat instagram! Ini skrub bibir semulajadi! Nak buat pun senang dan jimat kos sangat XD  Bukan semua orang ada bibir yang merah jambu cantik dari kecil kan? Biasanya bibir yang agak gelap ni sebab apa? Normally, sebab genetik dan our lifestyle contohnya merokok!!! ha... bahayakan merokok ni? bukan setakat membazir duit dan merosakkan kesihatan malah kecantikan T^T 

Okey taknak cakap panjang! Jom kita buat skrub bibir!

Bahan :
1 sk vaseline
1 sk minyak zaitun
1 sk lipbalm (saya syorkan yang berwarna pink)
1 sk gula
1/2 sk garam 

*note : sk - sudu kecil

Ni yang saya pakai :P

Cara-cara menghasilkan skrub :

1) Campurkan garam, gula dan minyak zaitun dalam satu bekas kecil.

2) Panaskan lip balm dalam sudu kecil supaya dia cair, jadi lebih mudah untuk digaul.

3) Masukkan ke dalam campuran garam, gula dan minyak zaitun tadi dan gaul.

4) Panaskan vaseline pula (optional only... tak nak pun tak apa as long as nak mudahkan gaul)

5) Masukkan dan gaul vaseline dalam campuran tadi.

Siap! Simple kan ;D

Tapi pesanan ya... apa-apa pun kena usaha :) jangan buat seminggu je pastu dah malas! ha... Man Jadda Wajada ya!

#simpan di tempat yang bersuhu bilik


Laguni la rupanya yang saya buat.. korang buat la dalam bekas yang jernih or putih.. lebih lawa XD 

credit to : instagram (#KAKSUMITERBAIK)













Saturday, 9 June 2018

Wednesday, 7 January 2015

MANISNYA CINTA DI CAPPADIOCA



TEKAN LINK DI BAWAH SINOPSIS :) ENJOY IT!

Manisnya Cinta Di Cappadocia (2014). Ifti Liyana tidak pernah mendambakan sayang dari lelaki yang bernama Fredo. Bertahun bersama, namun tiada segelumit perasaan untuk jejaka itu. Akhirnya, Fredo menikahi gadis lain dan tinggallah Ifti Liyana menyusuri hidupnya sendiri.
Pertemuan pertama dengan Nazmi telah mencambahkan perasaan yang dia sendiri tidak fahami. Kehadiran Nazmi menghuru-harakan perasaannya. Namun, rasa rindu yang mulai datang mengebu di hakis dengan rasa keegoan. Di benamkan rasa rindu tapi hati terlalu degil untuk memahami apa yang di lakarkan oleh akal. Rindu tetap datang dan datang.
Nazmi pasti, Ifti Liyanalah gadis yang dicari untuk menjadi suri hatinya. Sifat keibuan dan lemah lambut milik Ifti Liyana sangat menerujakan hatinya. Diuji Ifti Liyana dengan kekurangan diri namun Ifti Liyana tidak pernah menolak untuk berteman dengannya.
Antara keinginan untuk menyayangi atau sangsi akan kejujuran kaum lelaki, Ifti Liyana buntu. Lelaki itu yang sekejap ada dan sekejap menghilang bagai bermain tarik tali dengannya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Dirinya kerinduan namun untuk diungkapkan dia sangsi, adakah Nazmi jugak berperasaan yang sama dengannya?
Bila kasih mula membara, bahangnya mulai terasa. Akhirnya, Nazmi melafazkan ungkapan yang dinanti. Kasih berpadu namun tercalar bila cemburu menguasai akal fikiran. Tanpa usul periksa, Ifti Liyana menjatuhkan hukuman. Nazmi terkapai-kapai mencari punca.
Permasalahan terungkai kini. Sukarnya mengucapkan kata maaf. Demi cinta dan sayangnya, Ifti Liyana membuang ego yang tersarat padu di hatinya. Dia yakin Nazmi tercipta untuknya. Yang akan melindungi dan mengasihinya hingga ke akhirnya.

Sunday, 3 August 2014

AKU RINDU KAMU(BAB1-PART2)

ZAFRI pun sampai ke rumahnya.

ADAM: Hah..mane die si Naymi tu?Jumpa dah ker...
ZAFRI: Tak tahu lah.. die balik umah kot skarang...tadi mak die kata die tak balik lagi..
ADAM: Tu lah..buat tuduhan melulu lagi..inilah padahnye..tak pe..nanti esok-esok die tenang la tu..Bawak bersabar je la dulu ye Ri.

Zafri hanya diam membisu sahaja.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Wednesday, 18 June 2014

AKU RINDU KAMU(BAB 1)-part 2

HAYKAL:  Tak pe lah mimi..aku tau mesti die kembali kat kau balik..
NAYMI: Mesti die ingat aku curang kan Ay?
HAYKAL: Ye lah tu..

------------------------------------------------------------------

ZAFRI: Assalamualaikum mak cik!
PN. SYARINA: Waalaikumsalam..Ha.. kenape ni?
ZAFRI: Naymi dh balik?
PN. SYARINA: Naymi belom balik..dia keluar dgn Haykal..dgn abg angkat die..
ZAFRI: A..Abg angkat?
PN. SYARINA: La...kamu tak tau ke..die ade abg angkat..dulu makcik jumpe Haykal dekat tepi jln..pastu mak cik ambik die jadi anak angkat makcik...

Zafri terkejut dgn apa yg dikatakan oleh ibu Naymi

PN.SYARINA: La..kamu ni kenape?
ZAFRI: Takpelah..Terima kasih makcik!saye pegi dulu..
PN SYARINA: Bawak kete elok-elok..

------------------------------------------------------------------

Zafri menutup pintu keretanya.

ZAFRI: Naymi!Naymi!Haduih..mane Naymi ni..

(seperti lagu kenangan terindah beralun semasa Zafri mencari Naymi)

sementara itu...

HAYKAL: lepas ni nak pegi mane?
NAYMI: entah la Ay..jom balik je lah nanti mama risau..
HAYKAL: ok! kite balik yer...

Naymi dan Haykal masuk ke dalam kereta

RESEPI : CORNFLAKES MADU

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri semua!!! Amboi mesti banyak kuih raya dekat rumah semua orang! Baju raya pun mesti comey ...