Amboi mesti banyak kuih raya dekat rumah semua orang! Baju raya pun mesti comey comey belako XD... kali ni izzah share resepi biskut raya yang semua orang suka! Alah biasa lah.. cornflakes madu.. siapa tak kenal? Nak buat pun simple dan sekejap sangat ihihi...
Resepi Izzah ni kalau tak nak guna oven, tips dia letak madu banyak!
Okeyyy!!! Jom semua buat!!! Resepi ni mudah gilurzzz!!!
Bahan :
500g - cornflakes
250g - butter
1/2 cawan - gula perang
1 cawan - madu
Tambahan :
cup kecil (recommended : merah)
chocolate rice (optional)
*Note : #lebihkan madu, kurangkan gula ^-^
#kalau nak guna gula kasar biasa pun boleh (gula perang lebih manis dan lebih baik)
Saya buat sikit je masa ni sebab tu butter separuh ^-^ tu pun pi tambah lagi butter lain last2 -..-
Cara-cara :
1) Cairkan butter, gula perang dan madu di dalam kuali.
2) Kacau hingga sebati. (Nampak dah sebati berbuih-buih)
3) Masukkan cornflakes dan gaul sehingga semua bersalut. (Tutup api lambat sikit supaya dia tak keras dalam kuali)
4) Masukkan cornflakes madu yang telah siap tadi ke dalam cup kecil yang telah anda sediakan dengan segara (supaya tak melekat semua sekali gus).
5) Taburkan chocolate rice pada setiap cornflakes madu. *optional*
6) Panaskan oven selama 5 minit. Pastikan suhu oven 150'C.
7) Masukkan cornflakes madu kita tadi ke dalam oven dan tetapkan masa 5 hingga 10 minit.
AMARAN: JANGAN LAMA2 NANTI BURN CORNFLAKES MADU TU T^T
Siap! Mudahkan? :) Kalau tak nak guna oven pun boleh! Pastikan madu lebih! Baru dia boleh keras cepat dan tak perlu nak guna oven XD
Ni lah selepas izzah guna oven XD
Tadaaaaa... siap letak dalam pinggan tapi banyak lagi yang izzah dah buat :P
Okey... itulah cara-cara dan bahan-bahan dia... mudahkan? Ya ni resepi yang senang XD nanti kita buat resapi-resepi yang rare pula! Insya-Allah :)
Jumpa lagi guys XD



