Harini Izzah nak share tips yang simple yang ada izzah terbaca dekat instagram! Ini skrub bibir semulajadi! Nak buat pun senang dan jimat kos sangat XD Bukan semua orang ada bibir yang merah jambu cantik dari kecil kan? Biasanya bibir yang agak gelap ni sebab apa? Normally, sebab genetik dan our lifestyle contohnya merokok!!! ha... bahayakan merokok ni? bukan setakat membazir duit dan merosakkan kesihatan malah kecantikan T^T
Okey taknak cakap panjang! Jom kita buat skrub bibir!
Bahan :
1 sk vaseline
1 sk minyak zaitun
1 sk lipbalm (saya syorkan yang berwarna pink)
1 sk gula
1/2 sk garam
*note : sk - sudu kecil
Ni yang saya pakai :P
Cara-cara menghasilkan skrub :
1) Campurkan garam, gula dan minyak zaitun dalam satu bekas kecil.
2) Panaskan lip balm dalam sudu kecil supaya dia cair, jadi lebih mudah untuk digaul.
3) Masukkan ke dalam campuran garam, gula dan minyak zaitun tadi dan gaul.
4) Panaskan vaseline pula (optional only... tak nak pun tak apa as long as nak mudahkan gaul)
5) Masukkan dan gaul vaseline dalam campuran tadi.
Siap! Simple kan ;D
Tapi pesanan ya... apa-apa pun kena usaha :) jangan buat seminggu je pastu dah malas! ha... Man Jadda Wajada ya!
#simpan di tempat yang bersuhu bilik
Laguni la rupanya yang saya buat.. korang buat la dalam bekas yang jernih or putih.. lebih lawa XD
credit to : instagram (#KAKSUMITERBAIK)

No comments:
Post a Comment